Sunday, October 30, 2016

KAJIAN MEMBUKTIKAN PRODUK SHAKLEE BERKESAN

Kenapa saya selesa memilih produk Shaklee sebagai makanan tambahan saya sekeluarga?

Banyak syarikat hanya mendakwa tentang kehebatan produk mereka. Tetapi di Shaklee, mereka ada bukti tersendiri yang ditunjukkan melalui kajian sainstifik dan ujian klinikal. 


Kajian ini juga boleh didapati oleh sesiapa melalui lebih dari 100 buah buku atau jurnal penerbitan yang mengesahkan tentang keberkesanan produk shaklee.

Malahan lebih US 250 juta dilaburkan oleh pihak shaklee ke dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Dalam salah satu kajian Landmark Shaklee yang paling penting dan pernah dilakukan ke atas pengguna produk shaklee ialah kesan penggunaan shaklee yang telah bekerjasama dengan penyelidik dari University UC Berkeley.

Apakah kajian itu??
Ia adalah mengenai kesan penggunaan shaklee kepada pengguna dalam tempoh 20 TAHUN dan apa hasilnya???

Mereka mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding kumpulan yang hanya mengambil satu multvitamin dan kumpulan mereka yang langsung tidak mengambil suplemen.

Malahan, untuk jangka masa panjang, pengguna suplemen shaklee didapati mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan amat ketara sekali iaitu :
* paras trigliserida 33% lebih rendah
* nisbah 11% lebih rendah daripada jumlah kolesterol untuk kolesterol HDL.
* tahap homosisten 36% lebih rendah
* tahap protein C-reactif 60% lebih rendah.

Ini antara sebabnya kami sekeluarga memilih Shaklee. Ianya dijamin selamat, berkesan dan semestinya mesra alam.

#tsunamishaklee
#hunt2team
#thedreambuilders
#damiapitshop

Thursday, July 21, 2016

PENGEDAR SHAKLEE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

Syukur, makin bertambah ahli dalam group Mia, makin ramai yang berminat untuk menjadi ahli dan mencari duit kocek dari perniagaan Shaklee. hah, nak kenalkan seorang lagi pengedar shaklee di bawah group saya iaitu DREAMS COME TRUE. Beliau merupakan pengedar shaklee Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan sekitarnya . jika anda berhampiran dengan beliau seperti di Hotel Thistle, Hospital Sultanah Aminah, Pejabat Agama Islam Johor dan sekitarnya, boleh je cari beliau. Jangan malu malu.



Bagaimana nak hubungi beliau?

Nama Pengedar Shaklee Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ini ialah Dr. Nur Izzati Najwa Binti Ramli. pemegang ID : 1231701 . Boleh hubungi beliau melalui whatsapp/sms/call di : 013 771 1279.

hah, apa lagi. Hubungi beliau tau. Jangan risau, walaupun dia seorang doktor, tapi dia peramah. tak malu malu pun nak layan korang yang inginkan khidmat nasihat berkenaan suplemen. Tapi faham fahmlah ye. Dah namanya doktor, ambil masa sikit nak reply whatsapp atau sms korang. kang nanti kang jadi isu lak. keh keh keh.


LAGI SEKALI!!!

HUBUNGI DR NUR IZZATI NAJWA yang merupakan PENGEDAR SHAKLEE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU, JOHOR.



Wednesday, July 20, 2016

SERANGAN PENYAKIT ASMA MULA BERKURANGAN

Mia ada cadangan set suplemen untuk mengurangkan serangan penyakit asma. Ia bukanlah untuk hilangkan terus serangan tersebut, tapi ia membantu mengurangkan kekerapan serangan penyakit asma itu. Mia tau bagaimana rasa dan kesannya kalau serangan asma kerap berlaku. Dengan set ini, customer akan merasa kesannya setelah konsisten mengambilnya, seawal 3 bulan. Mia nak kongsikan salah satu testimoni hangat dari pengguna set asma ini.







NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA & AKMAL BIN AZMI

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera...

Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.
.
Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.
.
Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.
.
Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin terul dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.
.
Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.
.
Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.
.
Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.
.
Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.
.
Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee..💗

******************************************************************************

dah baca? sedangkan orang sekeliling pun risau kalau kita diserang asma/lelah. kalau yang tahu bolehlah ambil tindakan segera macam sediakan inhaler atau neb, tapi kalau orang yang tidak tahu kita ada masalah asma? mesti tak tahu nak buat apa kan?

jadi, MIa nak tunjukkan 3 produk dalam set ini.


VIVIX
RM475 ( 150ml)



OMEGA GUARD RM136.00



SR VITAMIN C RM92.50

Kalau nak beli secara cash pun boleh, atau ingin membuat belian set ini ini melalui kad debit atau kad kredit pun boleh. Klik ikon di bawah dan ikuti langkah langkah yang ditunjukkan :)



anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Monday, July 18, 2016

TESTIMONI BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX

kali ini, Mia nak berkongsi testimoni dari pengguna yang telah berjaya berhenti merokok dengan pengambilan VIVIX. bak kata En Nasiruddin ni, hanya sebulan setengah saja dia mampu berhenti merokok yang telah sebati dengannya selama 30 tahun. Jom kita baca pengalaman beliau yang berjaya berhenti merokok dengan vivix.



kredit : supermom shaklee story 



Assalamualaikum…Semangat Pagi semua ☺

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir 30th lebih saya bergaul dengan nikotin…bayangkan 1 hari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih…dah berapa banyak pembaziran yg saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan2 huhuhu sedihnya kalau ingat itu…

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal, kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee…Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX.. awalnya hanya untuk menjaga kesehatan aja & tidak ada maksud untuk berhenti merokok…saya minum 1sdt setiap mlm sebelum tidur…

Minggu pertama takde apa2 kesan hanya saja badan lebih bertenaga, masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan…kenapa dengan aku ni…kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3hr dah ni…rasanya pun dah mulai hambar…setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam…mulai dari situ lah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok…niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga…

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan2 yang asik cakap “halah kejap je tu nanti jg sambung merokok lg hehehe” tetapi saya kuat kan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe)…Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom2 setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk2 dan byk lg…tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom2 itu kemungkinan dikarena VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom2 tersebut…

Saya amalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je) setelah VIVIX habis saya minum VITALEA dan bila vitalea habis saya masih tetap minum lg tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan baru lah saya minum, Alhamdulillah dah 2thn saya berhenti merokok…sekarang ni saya just minum VITA-C sehari 1 biji je…

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sehat dan bertenaga…

Terima Kasih Shaklee

*********************************************************************

Alhamdulillah. Mia pun gembira dengan apa yang telah beliau alami sendiri. Anda bila lagi? sampai bila nak merokok kan? dahlah bahayakan diri sendiri, ini nak bahayakan orang sekeliling pula. Nak tau harga sebotol vivix ini?


HARGA : RM 475.00 ( tidak termasuk postage )

Kalau nak beli secara cash pun boleh, atau ingin membuat belian VIVIX ini melalui kad debit atau kad kredit pun boleh. Klik ikon di bawah dan ikuti langkah langkah yang ditunjukkan :)


anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Monday, May 30, 2016

SHARING YANG BUAT SAYA MENANGIS



Sabtu lepas, iaitu pada 28.06.2016, telah berlansung National Conference untuk warga Shaklee bagi meraikan kejayaan untuk mereka yang telah mencapai sasaran mereka pada tahun 2015. Alhamdulillah, Mia juga antara salah seorang yang tersenarai dalam penerima award. Dalam banyak banyak sharing hari itu, Mia sangat terharu dengar perkongsian dari Master Zahirah ini.











kebanyakan mereka yang benar benar fokus adalah untuk merubah nasib keluarga mereka. Malahan saya sendiri pun termasuk dalam golongan mereka yang ingin membantu ibu bapa saya dapat merasai segala impian mereka.




Tuesday, May 24, 2016

VITAMIN UNTUK ELAK RAMBUT GUGUR

Tidak kira betapa kerapnya rambut kita dicuci, dirapi atau dirawat di salun, semuanya akan jadi sia sia tanpa makanan yang berkhasiat dan seimbang. Rambut juga memerlukan makanan agar setiap helaian rambut kita mampu memperolehi sumber vitamin dan mineral yang mencukupi. Vitamin dan nutrisi yang lengkap mampu memastikan rambut menjadi sihat dan tidak mudah gugur. Hari ini Mia nak berkongsi dengan pembaca apakah vitamin untuk elak rambut gugur. Risaukan kalau rambut asyik gugur je.



masalah ini selalu terjadi, lebih lebih lagi bila selepas bersalin. Sangat merimaskan melihat rambut yang melekat di sikat atau di lantai selepas mandi. Menurut majalah Rapi, ada vitamin yang diperlukan oleh kita untuk elak rambut gugur lebih kerap.

1) PROTEIN

Keperluan protein yang cukup juga membantu mendapatkan rambut yang lebat, tebal dan hitam berkilau. Protein terbaik boleh didapati di dalam ikan terutamanya ikan kod dan salmon. Protein juga boleh didapati dari daging ayam dan produk berasaskan soya.
Tanpa keperluan protein yang cukup, tubuh akan mula "memakan" sumber proteinnya sendiri yang terdiri dari otot atau gentian serat tubuh yang ada pada rambut dan kuku.

2)  ZINK DAN VITAMIN C

pengambilan kedua dua nutrisi ini dengan cukup dapat membantu mengatasi gejala rambut bercabang atau "split ends'. Keadaan ini berlaku apabila rambut rosak disebabkan oleh penggunaan "blow dry" yang kerap. Vitamin C boleh didapati dalam hampir semua jenis buah terutamanya oren, kiwi, anggur dan lemon.

Zink pula boleh didapati melalui sayuran hijau seperti bayam atau makanan lain seperti daging merah, kerang, hati dan dari sumber koko. Zink bertindak merangsang aliran darah hingga ke kulit kepala dan membantu menggalakkan folikel rambut untuk tumbuh.

3) BIOTIN

sumber biotin boleh diperoleh dari hati, telur, kekacang dan lobak merah. Pengambilan biotin yang cukup dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

hah, macamana? cukup tak vitamin yang kita ambil seharian untuk elak rambut gugur ni? hah? banyaknya nak kena makan? ha ha ha...iyerlah. kata nak sihat. kenalah amalkan pemakanan yang sihat juga. Tapi, jangan risau, Mia nak cadangkan vitamin untuk elak rambut gugur cara segera. iaitu melalui pengambilan vitamin atau pun makanan tambahan.

Dalam Shaklee, ada vitamin yang diperlukan untuk elak rambut gugur ini iaitu :-


B COMPLEX ( 120 BIJI )
HARGA : RM 53.75


HARGA : RM150

HARGA : RM 92.50


ZINK ( 120 BIJI )
HARGA : RM 33.75


keempat empat vitamin ini adalah yang sesuai untuk mereka yang ada masalah keguguran rambut serta untuk memastikan rambut mereka kekal sihat. Inginkan produk ini? klik ikon di bawah ini :-



anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Monday, May 23, 2016

RAWAT WAJAH MENGIKUT USIA

Mia percaya hampir ke semua mereka yang bergelar wanita, suka menjaga kecantikan. Tak kiralah mereka menggunakan produk kecantikan yang mahal , atau yang murah atau yang dibuat sendiri mengikut petua orang orang lama. Tahu tak, Mia ada terbaca sebuah majalah RAPI yang menyatakan, kita perlu rawat wajah kita mengikut usia. Ha, bukan mengikut testimoni sesuatu produk tu tau. Kenalah pula, sekarang ni banyak sangat lambakan produk yang menggunakan teknologi canggih dan menghasilkan puluhan ribu testimoni yang baik dan juga sebaliknya, pasti akan menyukarkan kita untuk membuat pilihan. Jadi, Mia nak kongsi dengan semua pembaca, apakah kriteria kriteria yang perlu kita lihat sebelum membuat keputusan samada ingin menggunakan produk yang macamana dan dari sumber yang bagaimana.




UMUR 20an.

ketika ini, kulit muka kita masih tegang dan kenyal. Mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika kita masih berusia belasan tahun sudah mula hilang kerana sel sel yang rosak sudah berganti dengan sel yang lebih sihat. Masa ini orang kata, zaman kegemilangan kulit yang cantik dan tidak mempunyai masalah sangat. 

Tapi, kita tidak boleh sesekali merasakan kulit itu akan kekal cantik dan bersih untuk selamanya. Tahu tak, semakin kita berusia, kemampuan sel kulit untuk menjana semula pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Jadi, untuk memastikan sel kulit sentiasa aktif untuk pertumbuhan, kita disarankan menggunakan produk pembersih muka yang ringan kandungannya dan mengandungi fungsi pengelepuasan secara teratur.

Selain pencuci muka, kita digalakkan menggunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian,  sinaran matahari merupakan salah satu faktor utama masalah penuaan kulit. Sekiranya mempunyai kulit wajah yang mudah berminyak dan berjerawat, kita digalakkan menggunakan produk peeling atau pengelupasan.

Produk yang kita perlukan sewaktu usia ini ialah :-
* pencuci muka yang lembut kandungannya.
* pelembap wajah.
* krim perlindungan sinaran matahari
* penyegar wajah
* krim mata

set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.



UMUR 30-an.

Dalam usia begini, proses pembentukan semula kulit agak lambat. Kesan daripada pencemaran alam, asap rokok, sinaran uv yang berlebihan akan berjaya memasuki lapisan dermis di bawah kulit. kulit wajah yang pada awalnya tegang sudah menunjukkan tanda tanda penurunan fungsi ketegangannya atau sudah mula elastik. kulit wajah juga mulai kering dan mula menunjukkan beberapa garis kedutan di sekitar bibir dan mata.

Pada usia ini, penjagaan pemakanan, sangat penting. Utamakan pengambilan sayur sayuran, buah buahan, gandum dan ikan. Sebab, semua kandungan Vitamin A, vitamin B, vitamin C dan vitamin E yang ada dalam makanan ini, mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, memperbaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolagen semula jadi.

Produk yang diperlukan :-
* krim pelindung sinaran matahari
* pelembap wajah
* pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
* penyegar wajah
* krim malam
* krim mata

set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.






UMUR 40an

semasa usia 40an, penghasilan kolagen kulit mulai menurun. kesannya tahap elastik kulit semakin berkurangan, seterusnya menyebabkan garis garis penuaan mula ketara. hah, masa nilah muka dah mula berkedut.

Pada usia ini, lapisan luar epidermis menjadi lebih tebal kerana adanya penumpuan sel sel kulit mati. Anda disarankan untuk menggunakan pencuci wajah yang mengandungi AHA untuk membantu menanggalkan sel sel kulit yang mati tersebut.

Produk yang diperlukan :-
* pencuci wajah
* penyegar wajah
* pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
* krim malam anti penuaan
* krim mata anti penuaan
( lagi bagus kalau semua produk ini mengandungi Vitamin A ).


set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.


jika anda ingin membeli produk NUTRIWHITE, sila klik ikon di bawah ini:-



jika anda sukakan ENFUSELLE ( NORMAL TO DRY ), sila klik ikon di bawah ini "-




jika anda sukakan ENFUSELLE ( NORMAL TO OILY), sila klik ikon di bawah ini.:-




anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178



MAKAN APA UNTUK CANTIK?

tahu tak? Mia nak share rahsia dari artis bagaimana mereka menjaga kecantikan mereka setiap hari. Okey, Mia tau. mesti ada yang cakap "alah. mekap lebih tu. sebab tu artis nampak cantik!". Tapi Mia percaya setiap dari kita mesti ada petua atau rahsia untuk menjaga kecantikan masing masing. Jom kita tengok apa artis jawab bila kita soal "Makan apa untuk cantik?"/.



BRITTANY MURPHY

Dia cantikkan? iye. Mia tahu beliau dah meninggal. Mia cuma nak berkongsi rahsia kecantikan beliau. Beliau menjawab bila di tanya mengenai makan apa untuk cantik ialah lebihkan pengambilan zink yang banyak terkandung di dalam daging, kekacang dan susu. Amalkan juga pengambilan buah sitrus yang kaya dengan Vitamin C dan minyak "flaxseed". Ia membantu mengecilkan saluran darah. Oleh itu, saiz pori pori di wajah kita juga cenderung untuk lebih mengecil. selain tu, jangan lupa minum banyak air".




MEGAN FOX

Megan Fox pula menjawab " saya cuma amalkan minum air dan cuka epal mentah. kedua dua minuman ini mampu membersihkan sistem saya dengan sempurna. Oleh itu saya kekal langsing dan cantik sentiasa".

hmmm.. boleh cuba ni. Tapi mia perasan harga cuka epal mentah ni mahal juga. atau susah nak dapatkan yang benar benar nama dan bahannya "cuka epal mentah".



MAYA KARIN

"mungkin ramai yang tidak percaya, Maya mula makan jamu ketika berumur 14 tahun. sehingga sekarang, Maya masih amalkan. Sesekali ada juga terlupa makan, tetapi emak sering ingatkan. Makan jamu ni memang baik untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Selain daripada meningkatkan daya tahan badan, ia juga berupaya menyingkirkan sisa sisa toksin yang tersimpan di dalam tubuh kita".

wahhh...patut still cun melecunn..





YASMIN HANI

Hani jarang amalkan suplemen tetapi Hani suka makan ulam dan jus buah buahan untuk bekalan vitamin yang cukup.


******************************************************************************
oh, baru Mia tahu. macam macam petua yang boleh diamalkan. Malahan setiap orang berbeza rahsia dan petua. Tapi yang pastinya apa yang mereka amalkan bagus dan tidak memudaratkan kesihatan badan. Nanti Mia nak share dan berkongsi suplemen yang sesuai untuk kecantikan kita. Tapi, kalau nak beli zink, Sr Vitamin C dan Vitamin E, klik je kat ikon di bawah ni., Pembayaran melalui kad kredit atau kad debit yang sah.


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Sunday, February 28, 2016

Selamat Datang

Semoag blog ini memberi inspirasi dan bermanfaat untuk anda semua
InsyaAllah.

Saya Perkenalkan Diri Saya:-

NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

selamat membaca!!!

TESTIMONI PESAKIT BELL'S PALSY SEMBUH DENGAN VIVIX


Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai penyakit Bell's Palsy ini. Maisarah sendiri baru kali pertama dengar bila terdengar mama Maisarah bercerita pasal kawan mama yang ada penyakit Bell's Palsy ini. Hari ini Maisarah nak kongsi info mengenai penyakit ini pada semua. Semoga bermanfaat ye :)




Menurut pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara iaitu Dr Shalini Bashar, Bell's Palsy berlaku apabila satu keadaan yang menyebabkan otot otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. Ia adalah satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan lazimnya hanya menjejaskan saraf di muka (facial nerve ).

                                       

kalau orang dulu dulu cakap, kena tampar syaitan. itu pendapat orang dulu dulu. Tapi ada juga orang cakap kena minor stroke. Hah, bila Maisarah baca, baru tahu ia bukan stroke tapi lebih kepada gangguan saraf. Menurut beliau lagi, penyebab terjadinya Bell's Palsy ini belum dapat dikenal pasti, tapi kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rpsak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak di bahagian bawah telinga.


TANDA TANDA BELL'S PALSY
* terasa berat pada bahagian muka yang menyebabkan ia menjadi lemah atau lumpuh. Ini membuatkan sukar bagi kita untuk menutup mata pada sebahagian muka yang terlibat. ini adalah tanda tanda yang paling utama.
* air liur meleleh
* hilang deria rasa
* sakit di dalam atau di belakang telinga.
* rasa kebas di bahagian wajah
* sensitif terhadap bunyi
* masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering. 

KESAN BELL'S PALSY
Tahu tak, Bell's Palsy ini tidak akan beri kesan pada bahagian lain untuk menjadi lumpuh, lemah atau kebas. Ia hanya terjadi di kawasan muka saja. Kalau ada bahagian lain yang lumpuh atau simptom lain, Maisarah nasihatkan untuk rujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab sebenar.

Dalam majalah Keluarga Keluaran Mac 2016, artikel mengatakan 3 dalam 10 orang yang mengalami Bell's Palsy akan terus mengalami kelemahan otot pada muka mereka dan 2 daripada 10 orang akan mengalami masalah jangka panjang yang serius. kira kira 80% - 90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Jika masih belum pulih, dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkineses yang lebih tinggi.

Nanti Maisarah akan kongsikan lagi berkenaan Bell's Palsy ini pada nukilan akan datang.  sebelum tu, Maisarah nak kongsi testimoni pesakit Bell's Palsy yang sudah sembuh (Alhamdulillah) selepas 3 bulan. Puan Faiza ini konsisten mengambil suplemen VIVIX untuk memperbaiki semula sistem saraf nya.




kalau nak order vivix, klik sini..pembelian boleh menggunakan kad debit atau kad kredit.




NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Thursday, February 18, 2016

BAGAIMANA CARA NAK BAKAR LEMAK

Maisarah suka baca majalah kesihatan. Lagi lagi sejak terjerumus ke bidang kesihatan ini. Bukan Maisarah jadi doktor (doakan ye), tapi maisarah berminat nak berkongsi manfaat produk Shaklee kepada semua. Salah satu majalah yang Maisarah suka ialah Majalah RAPI. Maisarah nak kongsi panduan pada semua bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan kita menurut pandangan mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang perubatan atau kesihatan.


SOALAN :-
Assalamualaikum Dr. Saya memiliki berat badan yang agak melampau iaitu 95kg bagi ketinggian 153cm. Saya memang nak kurus. Saya mula menjadi gemuk sejak sekolah menengah akibat terlalu gemar minum minuman manis. Sekarang saya sudah berhenti tabiat itu. saya sudah sertai latihan senaman di gim. Saya harap doktor boleh berkongsi sedikit info bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan untuk langsingkan badan.

Di atas ini adalah soalan dari Puan Suhaila Hamzah dalam Majalah Rapi. Nak tahu apa pendapat Dr Syed Ayob mengenai cara nak bakar lemak dengan konsisten.

JAWAPAN :-
 Tentang cara nak bakar lemak dengan lebih mudah, saya akan kongsikan beberapa tips.Iaitu :-
  • Minum air kosong dengan secukupnya. Air perlu untuk semua proses kimia di dalam badan terutamanya proses membakar lemak. Jika badan kurang air, kadar pembakaran tersebut berkurangan sehingga 2%.
  • Lebihkan makanan tinggi protein seperti daging yang tidak berlemak daripda makanan berkarbohidrat. Protein memerlukan tenaga sekitar 3% dari jumlah kalori yang ia miliki bagi menghadamkannya. Di samping itu, protein amat perlu bagi sumber nutrien ketika berdiet bagi mengekalkan jisim otot.
  • Amalkan produk tenusu seperti susu rendah lemak, keju dan yoghurt. Ia kaya dengan kalsium dan Vitamin D bagi mengukuhkan komposisi tubuh. Kajian mendapati mereka yang mengambil 1200mg hingga 1300mg kalsium sehari berupaya menguruskan badan dua kali ganda lebih berkesan.
  • pilih makanan yang kaya dengan zat Omega-3 seperti ikan salmon, sardin dan minyak zaitun kerana didapati ia dapat meningkatkan hormon leptin iaitu hormon yang memberi rasa kekenyangan.
Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016