Tuesday, August 8, 2017

APA ITU TIROID ( THYROID )

Semenjak dua menjak ni, saya selalu mendapat panggilan dari customer berkaitan penyakit Tiroid ( thyroid). Malahan ada pesakit menganggap semua penyakit yang melibatkan kelenjar ini adalah penyakit tiroid yang memerlukan pembedahan. Baca artikel ini lebih lanjut untuk kita sama sama belajar mengenai penyakit tiroid ini.



Secara anatominya, kelenjar tiroid terbahagi kepada 2 dan ia berbentuk seperti rama rama ( seperti gambar di atas. 2 bahagian tersebut ialah :-

1- mengeluarkan hormon tiroksin ( T4 )
2 - mengeluarkan hormon triodotiroksin ( T3 )


APA ITU TIROID?

ia merupakan kelenjar edokrin dan ia mengeluarkan hormon untuk kedua dua jenis hormon T4 dan T3 tadi. Terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan/trakea dan saluran makan kita.

APA FUNGSI HORMON TIROID?

- Mengawal kadar metabolisme badan ia penting untuk kanak kanak yang sedang membesar kerana tiroid ini mengawal pembesaran mereka dan berhubung antara hormon lain dalam badan.
- kelenjar tiroid ini menghasilkan hormon tiroksin yang diperlukan untuk pembentukan dan perkembangan bayi sekiranya ibu sedang hamil.


JENIS PENYAKIT TIROID

penyakit Tiroid ini terbahagi kepada 2 bahagian:-
* hypertiroid
* hipotiroid

HYPERTIROID berlaku apabila :
- kadar horon yang berlebihan dan terlalu aktif
- berpunca dari penyakit auto imun
- berlebihan dan aktif kerana badan kita menghasilkan antibodi dan ia meransang kelenjar tiroid menjadi lebih aktif.

HIPOTIROID pula berlaku apabila :-
- disebabkan oleh Hashimoto Disease ( penyakit auto imun )
- berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya

TANDA TANDA PENYAKIT TIROID
* berat badan naik atau turun dengan mendadak
* bengkak di leher
* perubahan pada kadar degupan jantung. Untuk pesakit hipotiroid, degupan jantung lebih perlahan dari biasa. Kalau hipertiroid, degupan janung lebih laju dan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi dan kita akan rasa berdebar debar dengan lebih kerap atau tanpa sebab.
* perubahan pada mood yang mendadak
* keguguran rambut
* merasa terlalu sejuk atau terlalu panas
* sembelit
* haid tidak normal
* kerap kebas atau semut semut di tangan
* masalah penglihatan
* masalah penghadaman - kerap cirit birit




KESAN PENYAKIT TIROID KEPADA WANITA HAMIL :-

* Akan berlaku gangguan pada bayi yang mana bayi akan mengalami tumbesaran terbantut, perkembangan bayi tidak selancar dan sepatutnya dan ada sesetengah kes, bayi yang lahir akan terencat akal.

bila ini berlaku, kemungkinan bayi akan lahir tanpa kelenjar tiroid, lahir dengan hanya sebahagian kelenjar, lahi dengan kelenjar tiroid yang tidak berfungsi dan lair dengan tiroid berada di luar kedudukan normal. Ada sesetengah kes, ibu yang mengalami masalah kelenjar tiroid ini akan mengalami keguguran janin.

SIAPA YANG BERISIKO :-
 * perempuan
* faktor genetik
* menghidap penyakit endokrin pada usia lebih 60 tahun
* ibu hamil ( biasanya pada awal kehamilan )

oleh itu, anda perlu sentiasa beri perhatian terhadap perubahan atau kelainan pada fizikal dan dalam tubuh badan bagi mengelakkan penyakit semakin teruk dan sukar untuk di atasi.  Dalam artikel lain, saya akan berkongsi mengenai cara mengurangkan masalah tiroid dengan pengambilan suplemen.


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016