Thursday, September 14, 2017

APA MAKSUD HIPERGLISEMIA

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

apa itu Hiperglisemia?

- paras gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan ini dipanggil HIPERGLISEMIA.
Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin dalam badan tidak mencukupi apabila anda:-
* lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
* tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
* tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman/infeksi, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
* tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
* memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA
1) Dahaga
2) penglihatan kabur
3) Lemah dan letih lesu
4) pening
5) kerap membuang air kecil
6) mulut dan kulit kering
jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda tanda penyakit anda makin teruk

No comments:

Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016