Showing posts with label VIVIX. Show all posts
Showing posts with label VIVIX. Show all posts

Monday, July 18, 2016

TESTIMONI BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX

kali ini, Mia nak berkongsi testimoni dari pengguna yang telah berjaya berhenti merokok dengan pengambilan VIVIX. bak kata En Nasiruddin ni, hanya sebulan setengah saja dia mampu berhenti merokok yang telah sebati dengannya selama 30 tahun. Jom kita baca pengalaman beliau yang berjaya berhenti merokok dengan vivix.



kredit : supermom shaklee story 



Assalamualaikum…Semangat Pagi semua ☺

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir 30th lebih saya bergaul dengan nikotin…bayangkan 1 hari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih…dah berapa banyak pembaziran yg saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan2 huhuhu sedihnya kalau ingat itu…

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal, kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee…Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX.. awalnya hanya untuk menjaga kesehatan aja & tidak ada maksud untuk berhenti merokok…saya minum 1sdt setiap mlm sebelum tidur…

Minggu pertama takde apa2 kesan hanya saja badan lebih bertenaga, masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan…kenapa dengan aku ni…kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3hr dah ni…rasanya pun dah mulai hambar…setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam…mulai dari situ lah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok…niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga…

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan2 yang asik cakap “halah kejap je tu nanti jg sambung merokok lg hehehe” tetapi saya kuat kan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe)…Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom2 setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk2 dan byk lg…tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom2 itu kemungkinan dikarena VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom2 tersebut…

Saya amalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je) setelah VIVIX habis saya minum VITALEA dan bila vitalea habis saya masih tetap minum lg tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan baru lah saya minum, Alhamdulillah dah 2thn saya berhenti merokok…sekarang ni saya just minum VITA-C sehari 1 biji je…

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sehat dan bertenaga…

Terima Kasih Shaklee

*********************************************************************

Alhamdulillah. Mia pun gembira dengan apa yang telah beliau alami sendiri. Anda bila lagi? sampai bila nak merokok kan? dahlah bahayakan diri sendiri, ini nak bahayakan orang sekeliling pula. Nak tau harga sebotol vivix ini?


HARGA : RM 475.00 ( tidak termasuk postage )

Kalau nak beli secara cash pun boleh, atau ingin membuat belian VIVIX ini melalui kad debit atau kad kredit pun boleh. Klik ikon di bawah dan ikuti langkah langkah yang ditunjukkan :)


anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Monday, May 23, 2016

RAWAT WAJAH MENGIKUT USIA

Mia percaya hampir ke semua mereka yang bergelar wanita, suka menjaga kecantikan. Tak kiralah mereka menggunakan produk kecantikan yang mahal , atau yang murah atau yang dibuat sendiri mengikut petua orang orang lama. Tahu tak, Mia ada terbaca sebuah majalah RAPI yang menyatakan, kita perlu rawat wajah kita mengikut usia. Ha, bukan mengikut testimoni sesuatu produk tu tau. Kenalah pula, sekarang ni banyak sangat lambakan produk yang menggunakan teknologi canggih dan menghasilkan puluhan ribu testimoni yang baik dan juga sebaliknya, pasti akan menyukarkan kita untuk membuat pilihan. Jadi, Mia nak kongsi dengan semua pembaca, apakah kriteria kriteria yang perlu kita lihat sebelum membuat keputusan samada ingin menggunakan produk yang macamana dan dari sumber yang bagaimana.




UMUR 20an.

ketika ini, kulit muka kita masih tegang dan kenyal. Mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika kita masih berusia belasan tahun sudah mula hilang kerana sel sel yang rosak sudah berganti dengan sel yang lebih sihat. Masa ini orang kata, zaman kegemilangan kulit yang cantik dan tidak mempunyai masalah sangat. 

Tapi, kita tidak boleh sesekali merasakan kulit itu akan kekal cantik dan bersih untuk selamanya. Tahu tak, semakin kita berusia, kemampuan sel kulit untuk menjana semula pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Jadi, untuk memastikan sel kulit sentiasa aktif untuk pertumbuhan, kita disarankan menggunakan produk pembersih muka yang ringan kandungannya dan mengandungi fungsi pengelepuasan secara teratur.

Selain pencuci muka, kita digalakkan menggunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian,  sinaran matahari merupakan salah satu faktor utama masalah penuaan kulit. Sekiranya mempunyai kulit wajah yang mudah berminyak dan berjerawat, kita digalakkan menggunakan produk peeling atau pengelupasan.

Produk yang kita perlukan sewaktu usia ini ialah :-
* pencuci muka yang lembut kandungannya.
* pelembap wajah.
* krim perlindungan sinaran matahari
* penyegar wajah
* krim mata

set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.



UMUR 30-an.

Dalam usia begini, proses pembentukan semula kulit agak lambat. Kesan daripada pencemaran alam, asap rokok, sinaran uv yang berlebihan akan berjaya memasuki lapisan dermis di bawah kulit. kulit wajah yang pada awalnya tegang sudah menunjukkan tanda tanda penurunan fungsi ketegangannya atau sudah mula elastik. kulit wajah juga mulai kering dan mula menunjukkan beberapa garis kedutan di sekitar bibir dan mata.

Pada usia ini, penjagaan pemakanan, sangat penting. Utamakan pengambilan sayur sayuran, buah buahan, gandum dan ikan. Sebab, semua kandungan Vitamin A, vitamin B, vitamin C dan vitamin E yang ada dalam makanan ini, mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, memperbaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolagen semula jadi.

Produk yang diperlukan :-
* krim pelindung sinaran matahari
* pelembap wajah
* pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
* penyegar wajah
* krim malam
* krim mata

set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.






UMUR 40an

semasa usia 40an, penghasilan kolagen kulit mulai menurun. kesannya tahap elastik kulit semakin berkurangan, seterusnya menyebabkan garis garis penuaan mula ketara. hah, masa nilah muka dah mula berkedut.

Pada usia ini, lapisan luar epidermis menjadi lebih tebal kerana adanya penumpuan sel sel kulit mati. Anda disarankan untuk menggunakan pencuci wajah yang mengandungi AHA untuk membantu menanggalkan sel sel kulit yang mati tersebut.

Produk yang diperlukan :-
* pencuci wajah
* penyegar wajah
* pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
* krim malam anti penuaan
* krim mata anti penuaan
( lagi bagus kalau semua produk ini mengandungi Vitamin A ).


set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.


jika anda ingin membeli produk NUTRIWHITE, sila klik ikon di bawah ini:-



jika anda sukakan ENFUSELLE ( NORMAL TO DRY ), sila klik ikon di bawah ini "-




jika anda sukakan ENFUSELLE ( NORMAL TO OILY), sila klik ikon di bawah ini.:-




anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178



Sunday, February 28, 2016

TESTIMONI PESAKIT BELL'S PALSY SEMBUH DENGAN VIVIX


Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai penyakit Bell's Palsy ini. Maisarah sendiri baru kali pertama dengar bila terdengar mama Maisarah bercerita pasal kawan mama yang ada penyakit Bell's Palsy ini. Hari ini Maisarah nak kongsi info mengenai penyakit ini pada semua. Semoga bermanfaat ye :)




Menurut pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara iaitu Dr Shalini Bashar, Bell's Palsy berlaku apabila satu keadaan yang menyebabkan otot otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. Ia adalah satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan lazimnya hanya menjejaskan saraf di muka (facial nerve ).

                                       

kalau orang dulu dulu cakap, kena tampar syaitan. itu pendapat orang dulu dulu. Tapi ada juga orang cakap kena minor stroke. Hah, bila Maisarah baca, baru tahu ia bukan stroke tapi lebih kepada gangguan saraf. Menurut beliau lagi, penyebab terjadinya Bell's Palsy ini belum dapat dikenal pasti, tapi kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rpsak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak di bahagian bawah telinga.


TANDA TANDA BELL'S PALSY
* terasa berat pada bahagian muka yang menyebabkan ia menjadi lemah atau lumpuh. Ini membuatkan sukar bagi kita untuk menutup mata pada sebahagian muka yang terlibat. ini adalah tanda tanda yang paling utama.
* air liur meleleh
* hilang deria rasa
* sakit di dalam atau di belakang telinga.
* rasa kebas di bahagian wajah
* sensitif terhadap bunyi
* masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering. 

KESAN BELL'S PALSY
Tahu tak, Bell's Palsy ini tidak akan beri kesan pada bahagian lain untuk menjadi lumpuh, lemah atau kebas. Ia hanya terjadi di kawasan muka saja. Kalau ada bahagian lain yang lumpuh atau simptom lain, Maisarah nasihatkan untuk rujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab sebenar.

Dalam majalah Keluarga Keluaran Mac 2016, artikel mengatakan 3 dalam 10 orang yang mengalami Bell's Palsy akan terus mengalami kelemahan otot pada muka mereka dan 2 daripada 10 orang akan mengalami masalah jangka panjang yang serius. kira kira 80% - 90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Jika masih belum pulih, dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkineses yang lebih tinggi.

Nanti Maisarah akan kongsikan lagi berkenaan Bell's Palsy ini pada nukilan akan datang.  sebelum tu, Maisarah nak kongsi testimoni pesakit Bell's Palsy yang sudah sembuh (Alhamdulillah) selepas 3 bulan. Puan Faiza ini konsisten mengambil suplemen VIVIX untuk memperbaiki semula sistem saraf nya.




kalau nak order vivix, klik sini..pembelian boleh menggunakan kad debit atau kad kredit.




NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178
Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016