Showing posts with label ENERGIZING SOY PROTEIN. Show all posts
Showing posts with label ENERGIZING SOY PROTEIN. Show all posts

Friday, April 10, 2020

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM

Hai hai. Maisarah kembali lagi setelah lama tidak update blog atau kedai maya ni. Alhamdulillah, dah masuk sekolah baru ni, banyak benda nak dibuat dan masa musim PKP ni, Allah mudahkan untuk Maisarah buat sesuatu yang bermanfaat. okey, kali ni nak kongsi cara atasi masalah kulit kusam. lagi lagi mereka yang aktif sesangat masa kat sekolah.


Maisarah nak kenalkan satu produk yang best untuk semua. Ya, untuk semua sebab semua orang boleh ambil ESP atau Energizing Soy Protein setiap hari, Oh Ya, untuk remaja ke atas lah kan, budak budak boleh ambil Mealshake. 

kenapa Maisarah kata ESP ni merupakan salah satu cara atasi masalah kulit kusam. Jom kita baca dulu manfaat ESP ni.
  • Membantu pembentukan sel sel sihat yang baru. kita kan tahu sel sel dalam badan kita akan sentiasa bertukar dengan yang baru. Jadi bila mana sel sel yang rosak atau hampir mati, kandungan dan ESP ni akan membantu menghasilkan sel sel baru yang lebih sihat.
  • Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang digunakan tidak bersifat keasidan.
  • Kacang soya yang kaya dengan isoflavones membantu untuk perbaiki hormon dalam badan kita.
  • Lagi best, ia membantu menghilangkan parut yang diperolehi samada parut pembedahan, parut disebabkan luka, bekas jerawat atau bekas chicken pox.
  • Membantu meransang regenarasi sel kulit dan otot serta mengurangkan kadar kedutan di wajah. sebab tu kulit makin cantik bila konsisten ambil ESP.
  • Mengatasi masalah lesu dan tidak bermaya. Bila badan tidak bermaya, kulit muka juga akan terasa kesannya buatkan muka kusam dan tidak berseri. 

banyak lagi sebenarnya manfaat ESP ni, sebab ia based protein yang sangat diperlukan oleh badan malahan ada jenis jenis protein yang tidak dihasilkan oleh badan. ESP ada 9 asid amino yang diperlukan oleh badan.

mehlah kita tengok testimoni ESP.





hah, ini pula testimoni dari mama Maisarah sendiri. memula pun terkejut sebab tak sangka mama sendiri ada masalah kulit yang teruk. Tapi mama kata, mama amik full set kecantikan sebab muka mama teruk giler.  jerawat yang bernanah tu hampir penuh satu muka. sakit bila dipegang. Basuh muka pun sakit.


hah, teruk kan>? tapi yang gambar sebelum tu pun dah kurang sikit mama kata. ini pula gambar mama yang terkini.


cantik tak? dah comei kan? ni tak make up tau. just pakai bedak biasa je.

Okey. tak nak cter lagi . kalau nak, roger roger Maisarah atau kalau nak info lagi best pasal set kulit ni, boleh wasap no kat bawah ni.


macam mana nak beli? boleh membuat pembelian melalui transfer / bank in ke akaun saya dengan menghubungi saya di talian yang diberikan. Kami juga membuat penghantaran ke rumah atau lokasi yang berhampiran dengan kami.


FB : Siti Noriza Binti Saleh
email : sitinorizasaleh@gmail.com


kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi. Kami juga membuat penghantaran ke kawasan felda berhampiran seperti felda Semenchu, Felda Air Tawar 4, Felda Air Tawar 1, Felda Air Tawar 2, Felda Air Tawar 3, Felda Air Tawar 5 dan kawasan sekitarnya.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.





Tuesday, May 24, 2016

VITAMIN UNTUK ELAK RAMBUT GUGUR

Tidak kira betapa kerapnya rambut kita dicuci, dirapi atau dirawat di salun, semuanya akan jadi sia sia tanpa makanan yang berkhasiat dan seimbang. Rambut juga memerlukan makanan agar setiap helaian rambut kita mampu memperolehi sumber vitamin dan mineral yang mencukupi. Vitamin dan nutrisi yang lengkap mampu memastikan rambut menjadi sihat dan tidak mudah gugur. Hari ini Mia nak berkongsi dengan pembaca apakah vitamin untuk elak rambut gugur. Risaukan kalau rambut asyik gugur je.



masalah ini selalu terjadi, lebih lebih lagi bila selepas bersalin. Sangat merimaskan melihat rambut yang melekat di sikat atau di lantai selepas mandi. Menurut majalah Rapi, ada vitamin yang diperlukan oleh kita untuk elak rambut gugur lebih kerap.

1) PROTEIN

Keperluan protein yang cukup juga membantu mendapatkan rambut yang lebat, tebal dan hitam berkilau. Protein terbaik boleh didapati di dalam ikan terutamanya ikan kod dan salmon. Protein juga boleh didapati dari daging ayam dan produk berasaskan soya.
Tanpa keperluan protein yang cukup, tubuh akan mula "memakan" sumber proteinnya sendiri yang terdiri dari otot atau gentian serat tubuh yang ada pada rambut dan kuku.

2)  ZINK DAN VITAMIN C

pengambilan kedua dua nutrisi ini dengan cukup dapat membantu mengatasi gejala rambut bercabang atau "split ends'. Keadaan ini berlaku apabila rambut rosak disebabkan oleh penggunaan "blow dry" yang kerap. Vitamin C boleh didapati dalam hampir semua jenis buah terutamanya oren, kiwi, anggur dan lemon.

Zink pula boleh didapati melalui sayuran hijau seperti bayam atau makanan lain seperti daging merah, kerang, hati dan dari sumber koko. Zink bertindak merangsang aliran darah hingga ke kulit kepala dan membantu menggalakkan folikel rambut untuk tumbuh.

3) BIOTIN

sumber biotin boleh diperoleh dari hati, telur, kekacang dan lobak merah. Pengambilan biotin yang cukup dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

hah, macamana? cukup tak vitamin yang kita ambil seharian untuk elak rambut gugur ni? hah? banyaknya nak kena makan? ha ha ha...iyerlah. kata nak sihat. kenalah amalkan pemakanan yang sihat juga. Tapi, jangan risau, Mia nak cadangkan vitamin untuk elak rambut gugur cara segera. iaitu melalui pengambilan vitamin atau pun makanan tambahan.

Dalam Shaklee, ada vitamin yang diperlukan untuk elak rambut gugur ini iaitu :-


B COMPLEX ( 120 BIJI )
HARGA : RM 53.75


HARGA : RM150

HARGA : RM 92.50


ZINK ( 120 BIJI )
HARGA : RM 33.75


keempat empat vitamin ini adalah yang sesuai untuk mereka yang ada masalah keguguran rambut serta untuk memastikan rambut mereka kekal sihat. Inginkan produk ini? klik ikon di bawah ini :-



anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Thursday, February 18, 2016

BAGAIMANA CARA NAK BAKAR LEMAK

Maisarah suka baca majalah kesihatan. Lagi lagi sejak terjerumus ke bidang kesihatan ini. Bukan Maisarah jadi doktor (doakan ye), tapi maisarah berminat nak berkongsi manfaat produk Shaklee kepada semua. Salah satu majalah yang Maisarah suka ialah Majalah RAPI. Maisarah nak kongsi panduan pada semua bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan kita menurut pandangan mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang perubatan atau kesihatan.


SOALAN :-
Assalamualaikum Dr. Saya memiliki berat badan yang agak melampau iaitu 95kg bagi ketinggian 153cm. Saya memang nak kurus. Saya mula menjadi gemuk sejak sekolah menengah akibat terlalu gemar minum minuman manis. Sekarang saya sudah berhenti tabiat itu. saya sudah sertai latihan senaman di gim. Saya harap doktor boleh berkongsi sedikit info bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan untuk langsingkan badan.

Di atas ini adalah soalan dari Puan Suhaila Hamzah dalam Majalah Rapi. Nak tahu apa pendapat Dr Syed Ayob mengenai cara nak bakar lemak dengan konsisten.

JAWAPAN :-
 Tentang cara nak bakar lemak dengan lebih mudah, saya akan kongsikan beberapa tips.Iaitu :-
  • Minum air kosong dengan secukupnya. Air perlu untuk semua proses kimia di dalam badan terutamanya proses membakar lemak. Jika badan kurang air, kadar pembakaran tersebut berkurangan sehingga 2%.
  • Lebihkan makanan tinggi protein seperti daging yang tidak berlemak daripda makanan berkarbohidrat. Protein memerlukan tenaga sekitar 3% dari jumlah kalori yang ia miliki bagi menghadamkannya. Di samping itu, protein amat perlu bagi sumber nutrien ketika berdiet bagi mengekalkan jisim otot.
  • Amalkan produk tenusu seperti susu rendah lemak, keju dan yoghurt. Ia kaya dengan kalsium dan Vitamin D bagi mengukuhkan komposisi tubuh. Kajian mendapati mereka yang mengambil 1200mg hingga 1300mg kalsium sehari berupaya menguruskan badan dua kali ganda lebih berkesan.
  • pilih makanan yang kaya dengan zat Omega-3 seperti ikan salmon, sardin dan minyak zaitun kerana didapati ia dapat meningkatkan hormon leptin iaitu hormon yang memberi rasa kekenyangan.
Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016