SOALAN :-
Assalamualaikum Dr. Saya memiliki berat badan yang agak melampau iaitu 95kg bagi ketinggian 153cm. Saya memang nak kurus. Saya mula menjadi gemuk sejak sekolah menengah akibat terlalu gemar minum minuman manis. Sekarang saya sudah berhenti tabiat itu. saya sudah sertai latihan senaman di gim. Saya harap doktor boleh berkongsi sedikit info bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan untuk langsingkan badan.
Di atas ini adalah soalan dari Puan Suhaila Hamzah dalam Majalah Rapi. Nak tahu apa pendapat Dr Syed Ayob mengenai cara nak bakar lemak dengan konsisten.
JAWAPAN :-
Tentang cara nak bakar lemak dengan lebih mudah, saya akan kongsikan beberapa tips.Iaitu :-
- Minum air kosong dengan secukupnya. Air perlu untuk semua proses kimia di dalam badan terutamanya proses membakar lemak. Jika badan kurang air, kadar pembakaran tersebut berkurangan sehingga 2%.
- Lebihkan makanan tinggi protein seperti daging yang tidak berlemak daripda makanan berkarbohidrat. Protein memerlukan tenaga sekitar 3% dari jumlah kalori yang ia miliki bagi menghadamkannya. Di samping itu, protein amat perlu bagi sumber nutrien ketika berdiet bagi mengekalkan jisim otot.
- Amalkan produk tenusu seperti susu rendah lemak, keju dan yoghurt. Ia kaya dengan kalsium dan Vitamin D bagi mengukuhkan komposisi tubuh. Kajian mendapati mereka yang mengambil 1200mg hingga 1300mg kalsium sehari berupaya menguruskan badan dua kali ganda lebih berkesan.
- pilih makanan yang kaya dengan zat Omega-3 seperti ikan salmon, sardin dan minyak zaitun kerana didapati ia dapat meningkatkan hormon leptin iaitu hormon yang memberi rasa kekenyangan.
No comments:
Post a Comment