Sunday, February 28, 2016

Selamat Datang

Semoag blog ini memberi inspirasi dan bermanfaat untuk anda semua
InsyaAllah.

Saya Perkenalkan Diri Saya:-

NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

selamat membaca!!!

TESTIMONI PESAKIT BELL'S PALSY SEMBUH DENGAN VIVIX


Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai penyakit Bell's Palsy ini. Maisarah sendiri baru kali pertama dengar bila terdengar mama Maisarah bercerita pasal kawan mama yang ada penyakit Bell's Palsy ini. Hari ini Maisarah nak kongsi info mengenai penyakit ini pada semua. Semoga bermanfaat ye :)




Menurut pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara iaitu Dr Shalini Bashar, Bell's Palsy berlaku apabila satu keadaan yang menyebabkan otot otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. Ia adalah satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan lazimnya hanya menjejaskan saraf di muka (facial nerve ).

                                       

kalau orang dulu dulu cakap, kena tampar syaitan. itu pendapat orang dulu dulu. Tapi ada juga orang cakap kena minor stroke. Hah, bila Maisarah baca, baru tahu ia bukan stroke tapi lebih kepada gangguan saraf. Menurut beliau lagi, penyebab terjadinya Bell's Palsy ini belum dapat dikenal pasti, tapi kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rpsak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak di bahagian bawah telinga.


TANDA TANDA BELL'S PALSY
* terasa berat pada bahagian muka yang menyebabkan ia menjadi lemah atau lumpuh. Ini membuatkan sukar bagi kita untuk menutup mata pada sebahagian muka yang terlibat. ini adalah tanda tanda yang paling utama.
* air liur meleleh
* hilang deria rasa
* sakit di dalam atau di belakang telinga.
* rasa kebas di bahagian wajah
* sensitif terhadap bunyi
* masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering. 

KESAN BELL'S PALSY
Tahu tak, Bell's Palsy ini tidak akan beri kesan pada bahagian lain untuk menjadi lumpuh, lemah atau kebas. Ia hanya terjadi di kawasan muka saja. Kalau ada bahagian lain yang lumpuh atau simptom lain, Maisarah nasihatkan untuk rujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab sebenar.

Dalam majalah Keluarga Keluaran Mac 2016, artikel mengatakan 3 dalam 10 orang yang mengalami Bell's Palsy akan terus mengalami kelemahan otot pada muka mereka dan 2 daripada 10 orang akan mengalami masalah jangka panjang yang serius. kira kira 80% - 90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Jika masih belum pulih, dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkineses yang lebih tinggi.

Nanti Maisarah akan kongsikan lagi berkenaan Bell's Palsy ini pada nukilan akan datang.  sebelum tu, Maisarah nak kongsi testimoni pesakit Bell's Palsy yang sudah sembuh (Alhamdulillah) selepas 3 bulan. Puan Faiza ini konsisten mengambil suplemen VIVIX untuk memperbaiki semula sistem saraf nya.




kalau nak order vivix, klik sini..pembelian boleh menggunakan kad debit atau kad kredit.




NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Thursday, February 18, 2016

BAGAIMANA CARA NAK BAKAR LEMAK

Maisarah suka baca majalah kesihatan. Lagi lagi sejak terjerumus ke bidang kesihatan ini. Bukan Maisarah jadi doktor (doakan ye), tapi maisarah berminat nak berkongsi manfaat produk Shaklee kepada semua. Salah satu majalah yang Maisarah suka ialah Majalah RAPI. Maisarah nak kongsi panduan pada semua bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan kita menurut pandangan mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang perubatan atau kesihatan.


SOALAN :-
Assalamualaikum Dr. Saya memiliki berat badan yang agak melampau iaitu 95kg bagi ketinggian 153cm. Saya memang nak kurus. Saya mula menjadi gemuk sejak sekolah menengah akibat terlalu gemar minum minuman manis. Sekarang saya sudah berhenti tabiat itu. saya sudah sertai latihan senaman di gim. Saya harap doktor boleh berkongsi sedikit info bagaimana cara nak bakar lemak dalam badan untuk langsingkan badan.

Di atas ini adalah soalan dari Puan Suhaila Hamzah dalam Majalah Rapi. Nak tahu apa pendapat Dr Syed Ayob mengenai cara nak bakar lemak dengan konsisten.

JAWAPAN :-
 Tentang cara nak bakar lemak dengan lebih mudah, saya akan kongsikan beberapa tips.Iaitu :-
  • Minum air kosong dengan secukupnya. Air perlu untuk semua proses kimia di dalam badan terutamanya proses membakar lemak. Jika badan kurang air, kadar pembakaran tersebut berkurangan sehingga 2%.
  • Lebihkan makanan tinggi protein seperti daging yang tidak berlemak daripda makanan berkarbohidrat. Protein memerlukan tenaga sekitar 3% dari jumlah kalori yang ia miliki bagi menghadamkannya. Di samping itu, protein amat perlu bagi sumber nutrien ketika berdiet bagi mengekalkan jisim otot.
  • Amalkan produk tenusu seperti susu rendah lemak, keju dan yoghurt. Ia kaya dengan kalsium dan Vitamin D bagi mengukuhkan komposisi tubuh. Kajian mendapati mereka yang mengambil 1200mg hingga 1300mg kalsium sehari berupaya menguruskan badan dua kali ganda lebih berkesan.
  • pilih makanan yang kaya dengan zat Omega-3 seperti ikan salmon, sardin dan minyak zaitun kerana didapati ia dapat meningkatkan hormon leptin iaitu hormon yang memberi rasa kekenyangan.
Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016