Monday, May 30, 2016

SHARING YANG BUAT SAYA MENANGIS



Sabtu lepas, iaitu pada 28.06.2016, telah berlansung National Conference untuk warga Shaklee bagi meraikan kejayaan untuk mereka yang telah mencapai sasaran mereka pada tahun 2015. Alhamdulillah, Mia juga antara salah seorang yang tersenarai dalam penerima award. Dalam banyak banyak sharing hari itu, Mia sangat terharu dengar perkongsian dari Master Zahirah ini.











kebanyakan mereka yang benar benar fokus adalah untuk merubah nasib keluarga mereka. Malahan saya sendiri pun termasuk dalam golongan mereka yang ingin membantu ibu bapa saya dapat merasai segala impian mereka.




Tuesday, May 24, 2016

VITAMIN UNTUK ELAK RAMBUT GUGUR

Tidak kira betapa kerapnya rambut kita dicuci, dirapi atau dirawat di salun, semuanya akan jadi sia sia tanpa makanan yang berkhasiat dan seimbang. Rambut juga memerlukan makanan agar setiap helaian rambut kita mampu memperolehi sumber vitamin dan mineral yang mencukupi. Vitamin dan nutrisi yang lengkap mampu memastikan rambut menjadi sihat dan tidak mudah gugur. Hari ini Mia nak berkongsi dengan pembaca apakah vitamin untuk elak rambut gugur. Risaukan kalau rambut asyik gugur je.



masalah ini selalu terjadi, lebih lebih lagi bila selepas bersalin. Sangat merimaskan melihat rambut yang melekat di sikat atau di lantai selepas mandi. Menurut majalah Rapi, ada vitamin yang diperlukan oleh kita untuk elak rambut gugur lebih kerap.

1) PROTEIN

Keperluan protein yang cukup juga membantu mendapatkan rambut yang lebat, tebal dan hitam berkilau. Protein terbaik boleh didapati di dalam ikan terutamanya ikan kod dan salmon. Protein juga boleh didapati dari daging ayam dan produk berasaskan soya.
Tanpa keperluan protein yang cukup, tubuh akan mula "memakan" sumber proteinnya sendiri yang terdiri dari otot atau gentian serat tubuh yang ada pada rambut dan kuku.

2)  ZINK DAN VITAMIN C

pengambilan kedua dua nutrisi ini dengan cukup dapat membantu mengatasi gejala rambut bercabang atau "split ends'. Keadaan ini berlaku apabila rambut rosak disebabkan oleh penggunaan "blow dry" yang kerap. Vitamin C boleh didapati dalam hampir semua jenis buah terutamanya oren, kiwi, anggur dan lemon.

Zink pula boleh didapati melalui sayuran hijau seperti bayam atau makanan lain seperti daging merah, kerang, hati dan dari sumber koko. Zink bertindak merangsang aliran darah hingga ke kulit kepala dan membantu menggalakkan folikel rambut untuk tumbuh.

3) BIOTIN

sumber biotin boleh diperoleh dari hati, telur, kekacang dan lobak merah. Pengambilan biotin yang cukup dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

hah, macamana? cukup tak vitamin yang kita ambil seharian untuk elak rambut gugur ni? hah? banyaknya nak kena makan? ha ha ha...iyerlah. kata nak sihat. kenalah amalkan pemakanan yang sihat juga. Tapi, jangan risau, Mia nak cadangkan vitamin untuk elak rambut gugur cara segera. iaitu melalui pengambilan vitamin atau pun makanan tambahan.

Dalam Shaklee, ada vitamin yang diperlukan untuk elak rambut gugur ini iaitu :-


B COMPLEX ( 120 BIJI )
HARGA : RM 53.75


HARGA : RM150

HARGA : RM 92.50


ZINK ( 120 BIJI )
HARGA : RM 33.75


keempat empat vitamin ini adalah yang sesuai untuk mereka yang ada masalah keguguran rambut serta untuk memastikan rambut mereka kekal sihat. Inginkan produk ini? klik ikon di bawah ini :-



anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178

Monday, May 23, 2016

RAWAT WAJAH MENGIKUT USIA

Mia percaya hampir ke semua mereka yang bergelar wanita, suka menjaga kecantikan. Tak kiralah mereka menggunakan produk kecantikan yang mahal , atau yang murah atau yang dibuat sendiri mengikut petua orang orang lama. Tahu tak, Mia ada terbaca sebuah majalah RAPI yang menyatakan, kita perlu rawat wajah kita mengikut usia. Ha, bukan mengikut testimoni sesuatu produk tu tau. Kenalah pula, sekarang ni banyak sangat lambakan produk yang menggunakan teknologi canggih dan menghasilkan puluhan ribu testimoni yang baik dan juga sebaliknya, pasti akan menyukarkan kita untuk membuat pilihan. Jadi, Mia nak kongsi dengan semua pembaca, apakah kriteria kriteria yang perlu kita lihat sebelum membuat keputusan samada ingin menggunakan produk yang macamana dan dari sumber yang bagaimana.




UMUR 20an.

ketika ini, kulit muka kita masih tegang dan kenyal. Mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika kita masih berusia belasan tahun sudah mula hilang kerana sel sel yang rosak sudah berganti dengan sel yang lebih sihat. Masa ini orang kata, zaman kegemilangan kulit yang cantik dan tidak mempunyai masalah sangat. 

Tapi, kita tidak boleh sesekali merasakan kulit itu akan kekal cantik dan bersih untuk selamanya. Tahu tak, semakin kita berusia, kemampuan sel kulit untuk menjana semula pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Jadi, untuk memastikan sel kulit sentiasa aktif untuk pertumbuhan, kita disarankan menggunakan produk pembersih muka yang ringan kandungannya dan mengandungi fungsi pengelepuasan secara teratur.

Selain pencuci muka, kita digalakkan menggunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian,  sinaran matahari merupakan salah satu faktor utama masalah penuaan kulit. Sekiranya mempunyai kulit wajah yang mudah berminyak dan berjerawat, kita digalakkan menggunakan produk peeling atau pengelupasan.

Produk yang kita perlukan sewaktu usia ini ialah :-
* pencuci muka yang lembut kandungannya.
* pelembap wajah.
* krim perlindungan sinaran matahari
* penyegar wajah
* krim mata

set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.



UMUR 30-an.

Dalam usia begini, proses pembentukan semula kulit agak lambat. Kesan daripada pencemaran alam, asap rokok, sinaran uv yang berlebihan akan berjaya memasuki lapisan dermis di bawah kulit. kulit wajah yang pada awalnya tegang sudah menunjukkan tanda tanda penurunan fungsi ketegangannya atau sudah mula elastik. kulit wajah juga mulai kering dan mula menunjukkan beberapa garis kedutan di sekitar bibir dan mata.

Pada usia ini, penjagaan pemakanan, sangat penting. Utamakan pengambilan sayur sayuran, buah buahan, gandum dan ikan. Sebab, semua kandungan Vitamin A, vitamin B, vitamin C dan vitamin E yang ada dalam makanan ini, mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, memperbaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolagen semula jadi.

Produk yang diperlukan :-
* krim pelindung sinaran matahari
* pelembap wajah
* pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
* penyegar wajah
* krim malam
* krim mata

set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.






UMUR 40an

semasa usia 40an, penghasilan kolagen kulit mulai menurun. kesannya tahap elastik kulit semakin berkurangan, seterusnya menyebabkan garis garis penuaan mula ketara. hah, masa nilah muka dah mula berkedut.

Pada usia ini, lapisan luar epidermis menjadi lebih tebal kerana adanya penumpuan sel sel kulit mati. Anda disarankan untuk menggunakan pencuci wajah yang mengandungi AHA untuk membantu menanggalkan sel sel kulit yang mati tersebut.

Produk yang diperlukan :-
* pencuci wajah
* penyegar wajah
* pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
* krim malam anti penuaan
* krim mata anti penuaan
( lagi bagus kalau semua produk ini mengandungi Vitamin A ).


set kecantikan yang kami cadangkan ialah NUTRIWHITE & ENFUSELLE. ia mengikut kategori kulit muka anda semasa ini.


jika anda ingin membeli produk NUTRIWHITE, sila klik ikon di bawah ini:-



jika anda sukakan ENFUSELLE ( NORMAL TO DRY ), sila klik ikon di bawah ini "-




jika anda sukakan ENFUSELLE ( NORMAL TO OILY), sila klik ikon di bawah ini.:-




anda juga boleh hubungi MIa melalui whatsapp, Mia adalah PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR dan sekitarnya :)


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178



MAKAN APA UNTUK CANTIK?

tahu tak? Mia nak share rahsia dari artis bagaimana mereka menjaga kecantikan mereka setiap hari. Okey, Mia tau. mesti ada yang cakap "alah. mekap lebih tu. sebab tu artis nampak cantik!". Tapi Mia percaya setiap dari kita mesti ada petua atau rahsia untuk menjaga kecantikan masing masing. Jom kita tengok apa artis jawab bila kita soal "Makan apa untuk cantik?"/.



BRITTANY MURPHY

Dia cantikkan? iye. Mia tahu beliau dah meninggal. Mia cuma nak berkongsi rahsia kecantikan beliau. Beliau menjawab bila di tanya mengenai makan apa untuk cantik ialah lebihkan pengambilan zink yang banyak terkandung di dalam daging, kekacang dan susu. Amalkan juga pengambilan buah sitrus yang kaya dengan Vitamin C dan minyak "flaxseed". Ia membantu mengecilkan saluran darah. Oleh itu, saiz pori pori di wajah kita juga cenderung untuk lebih mengecil. selain tu, jangan lupa minum banyak air".




MEGAN FOX

Megan Fox pula menjawab " saya cuma amalkan minum air dan cuka epal mentah. kedua dua minuman ini mampu membersihkan sistem saya dengan sempurna. Oleh itu saya kekal langsing dan cantik sentiasa".

hmmm.. boleh cuba ni. Tapi mia perasan harga cuka epal mentah ni mahal juga. atau susah nak dapatkan yang benar benar nama dan bahannya "cuka epal mentah".



MAYA KARIN

"mungkin ramai yang tidak percaya, Maya mula makan jamu ketika berumur 14 tahun. sehingga sekarang, Maya masih amalkan. Sesekali ada juga terlupa makan, tetapi emak sering ingatkan. Makan jamu ni memang baik untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Selain daripada meningkatkan daya tahan badan, ia juga berupaya menyingkirkan sisa sisa toksin yang tersimpan di dalam tubuh kita".

wahhh...patut still cun melecunn..





YASMIN HANI

Hani jarang amalkan suplemen tetapi Hani suka makan ulam dan jus buah buahan untuk bekalan vitamin yang cukup.


******************************************************************************
oh, baru Mia tahu. macam macam petua yang boleh diamalkan. Malahan setiap orang berbeza rahsia dan petua. Tapi yang pastinya apa yang mereka amalkan bagus dan tidak memudaratkan kesihatan badan. Nanti Mia nak share dan berkongsi suplemen yang sesuai untuk kecantikan kita. Tapi, kalau nak beli zink, Sr Vitamin C dan Vitamin E, klik je kat ikon di bawah ni., Pembayaran melalui kad kredit atau kad debit yang sah.


NUR DAMIA MAISARAH
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI
COD : SEKITAR KOTA TINGGI, GUGUSAN FELDA AIR TAWAR DAN SEKITARNYA.
WHATSAPP : 013 7374 958 / 013 7065 178
Copyright to damiamohdzamri
Designed by UMIESUEstudio 2016